Tempahan Teratak Zulaifa
Peraturan Homestay
1. Check-In: 3pm | Check-Out: 12pm
Sila maklumkan lebih awal jika ingin menukar waktu check-in atau check-out.
2. Pembayaran penuh diperlukan sebelum kunci homestay diambil.
3. Deposit RM150 diperlukan sebagai jaminan dan dibayar semasa tempahan dibuat.
4. Deposit akan dipulangkan sepenuhnya jika tiada sebarang kerosakan atau masalah.
5. Dilarang merokok di dalam premis.
6. Tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan.
7. Tidak dibenarkan mengadakan parti/aktiviti tanpa kebenaran.
8. Tidak dibenarkan membuat bising hingga mengganggu jiran.
9. Sila pastikan alat mainan yang digunakan diletakkan kembali ke tempat asal.
10. Patuhi peraturan kebersihan dan jaga barang-barang dan perabot di homestay.
11. Dilarang mengubah kedudukan katil dan perabot di homestay.
12. Mohon kerjasama anda untuk tidak membazir air dan elektrik semasa anda berada di homestay.
13. Pastikan paip air, dapur gas, semua suis ditutup rapi kecuali suis peti ais, Coway dan gate sebelum keluar atau meninggalkan homestay.
Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.